Anis Zhrh Punya Blog
2015 is 90% Loadinggg ~!
Wednesday 3 December 2014 • 22:15 • 0 comments


Today 4/12/2014. Ya Allah kejapnyaa masa berlalu ! Haihh. Lagi berapa minggu dah 2015 dah. Aku tak boleh terima betul. Hhahahaa. Kejap naw rasa :(  Haritu pergi PORT DICKSON. Ni dia :

My Siblings :*

Tiga gambar atas with my cousin, Fatihah <3 Tiga gambar bawah with my kakak ;)

Being sakai with Fatihah. Hahahaha :D


Okay short vacation kat PD memang best dan MENAKUTKAN! Hotel mana aku duduk? Itu perlu dirahsiakan untuk menjaga hati pihak-pihak tertentu :') Okay malam pertama sumpah aku tak tau pape pun! Aku tidur lena je alhamdulillah. Penat sbb malam tu ada barbeque. Ceh bukan tolong pun. Makan je. Hahahaa :P Pagi tu baru aku tau yang bilik pakcik dgn makcik aku yang lain "diganggu". Aku macam okay shit ni seram.

Mula-mula, Irfan (cousin) cerita yang dorang satu bilik tak boleh tidur sbb kena kacau. Aku macam k seram. Dorang kena kacau teruk ah jugak. Aku taknak cakap macam mna dorang kena kacau. Meremang bulu roma aku nak bukak cerita ni balik. Dah ah dua hari aku nak lupakan benda ni. Alami sendiri kot !

Seharian hari kedua, aku isi dgn mandi kat kolam saja :) Fatihah sesi pagi je dia pergi. Kakak pun macam tu. Aku? Dua-dua sesi aku pergi! Pagi dgn petang! Hahahaha. Aku tak boleh tahan ah best sangat mandi ni. My passion kata. Hahaha. Pagi cik cham yang teman. Petang mak aku dgn aunty teman. Best !

Bila balik bilik, aku terasa seram. Hahaha. Alhamdulillah ah aku tak kena ape pun selama aku kat sana :') Allah lindung hijab aku. Tak nampak apa-apa. Ada antara family-family aku yang nampak "sesuatu". Woooooo~ K seram! Malam kedua pun aku tidur lena. Kakak aku je kena kacau. Haih haih haih. TAKUT !!

Pagi time nak balik tu semua pakat sedih. Yelah nak pisah dah :'( Sampai je KL, kemas-kemas sikit. Pastu mak uda, aunty, opah dgn Irfan buat kezutan tiba-tiba nak datang rumah pula! Hahahaha. Lepas lepak rumah kitorg kejap, pergi rumah mamak ari pula, Haa kat situlah semua bukak cerita balik! Hahahaha, memang best. Famliy belah mak memang happening sbb ramai siblings. 9 kauuu! Hahaha. Belah ayah ada 4 je. Pun happening jugaa.

Dengar cerita 18 or 19 or 20hb ni pergi mandi Sungai Jahang! Tak tau ah balik hari ke tidur Gopeng. Nanti aku update lagi yaa :* Bye2.



Habis SEM 1 ! Its CUTI ! :D
Tuesday 25 November 2014 • 22:56 • 0 comments

Wajah manusia yang aku akan rindu bila cuti sekolah macam ni ! :'(


Well harini 27/11/2014. Dah seminggu dah cuti. Takda pergi mana2. Dokk rumah jee. Tapi sabtu ni 29/11/2014 , aku dgn family akan pergi PD ! Hip hip horaay ! Ada family day belah mak aku. Harap2 best ah :D Semua ada kot yeyyy tak shabarnyaaaa ~

Well aku dah start rindukan kawan2 form 6 aku. Yang ada dalam gambar tu ! Dari kiri , MONG , aku , QAYUM dgn SHAF ( my little olaf ! ) Kat sekolah memang aku akan lepak dgn tiga ekor ni je. Hahahaha, aku sayangkan dorang oi ! Mana yang lain? Ada jee , sentiasa ada dalam hati tapi masa ni dorang tak ada. Time ni kitorang pergi tgk wayang OUIJA dekat TS ^_^ Bapak seram siaa ! Tapi best ah. Aku duduk dgn mong , shaf duduk dengan qayum. Ehemm ehemmm. Hhahahaha :p


Kalau study kat library pun, memang pergi dengan tiga ekor ni je. Hanim kadang2 je ada :( Haihh lah kawan aku sorang tu.Serius permulaan cuti ni bosan gila ! Tak tahu nak buat apa. Melangut jelah kerjaanyaa hahaha :'D


Sem satu dah habis ! Tapi exam dia bapak ah macam lahanat susah dia. Mampus aku ! Hhaahahaha okay ahh byeeee :D


Coret Coret Si Gadis Ayu :p
Sunday 6 July 2014 • 01:08 • 0 comments

 
Masa cuti haritu balik kampung dari hari sabtu hingga isnin je hahahahahaha beria je kemas baju. Tapi okay ah balik lah juga kn kn kn. Hmm harini 6/7/2014. Ramadhan yang ke tujuh dah alhamdulillah :) Kejap je masa berlalu yaa sedih pula aku rasa. Pejam celik pejam celik dah raya :')  Sepanjang lima hari aku sekolah di bulan puasa ni memang sangat memenatkan! Dengan hausnya, dengan laparnya, dengan hwnya. haih memang la penat sangat. Being form6 memang penat uoallsss kahkahkahakah :p
 
Memula rasa menyesal pun ada time masa form 6 ni tapi tulah hakikat, mana ada benda yang mudah dalam dunia ni dekk oii :P kahkahkah nak taknak teruskan juga study mmg ah penat. Semalam aku dah siap cari bahan untuk public speaking untuk Muet pada 14/7/2014 nanti. Undi punya undi, aku dapat nombor 7 nokkkk. Hanim lagi sadis dapat dombor tiga. Hhahahahaha liya lagi la nombor SATU bak hangg !

Tapi dia dah expert dah kalau benda benda macam ni uoallss hahahahahaha :D Gudluck lah ya sayang sayangku semua :) Now aku tgh bukak youtube dengar lagu jiwang and rock yang lama lama. Whoooo layan bhaii <3 <3 <3 Qayum gila tu pun suka layan lagu macam ni. Nahh sorang lagi kembo aku dgn anem. Myra pun suka lagu jiwang. Aku lagilah suka! Liya dengar semua lagu. English dia layan, jiwang pun dia layan :D

Serius cakap, aku dah mula sayangkan KPU2. Anem, Liya, Myra, Wiena, Che Mong, Yaya, Shaf, Tyka, Jehada, Ratna, Aidil, Qayum, Irfan, Anne, Foo dan budak cina yang lain <3 Walaupun ada yang dah mula tunjuk belang memasing, selagi dorang tak kacau aku, aku takde hal. Aku sayang korang. KPU2 ;) 



Mulanya Cuti Sekolah :D
Tuesday 27 May 2014 • 23:45 • 0 comments

Hai Handsomeee :D

Dan bermula cuti sekolah pada harini. and harini bosan tahap tenuk kuasa 12! Duduk macam orang gila. Omaigad boring dia! Cuma video JEP yang aku download jelah jadi penghibur aku :*** Ehehehehehe. Ada 133 video semuanya dalam tab aku. hahahahaha puas hati! Haaa ulang la tengok banyak kali! Hahahaha tgk sampai muntah :p Tapi takkan muntah punya. Yelah tgk muka cinta hati kita enn HAHAHAHHAHAHAH :'D

Baca dek wartawan, mampus aku >_< Tadi aku ade research sikit pasal JEP dekat google. Ada satu belog ni kata JEP kesayangan aku ni dah keras kepala! Haihhhhh sampainya hati cakap macam tu. Punya la susah SEPAHTU nak hiburkan kita dalam MLM haritu, kena hentam pulak. Takmau la macam ni. Sama-sama cari makan, sama-sama makan la. Jangan la tabur pasir dalam periuk nasi orang. Haaa ni aku cedok ayat JEP ni ahhahahahahah. Kekadang, ayat yang JEP yg cakap samada sedar or tak, ada kalanya boleh dipakai.


Kan? Kekadang ada betulnya jugak kata dia. Yelah orang dah 29 tahun kan. Cara cakap mestilah matang. Macam aku. HAHAHAHHAHAAHAHAH, puih matang la sangat :p Aku ade try cari jugak awek Encik Nadzri ni. tapi tidak ketemu. Hahahaha, yang ada hanyalah kata-kata gurauan dari peminat perempuan JEP macam aku. Hahahaha. Tak jumpa lagi yang betul punya. AH, apa aku kisah JEP dah berpunya ke belum, yang aku tahu, aku kan sokong dia dalam karier dia. Hal lain, lantok pii kat dia :p


Haaa ini baru la SEPAHTURIOUS :D Hehehehe. Hmm teringin nk ikut TEAM SEPAHTURIOS pergi event dengan JEP. Takde chance lagi :( Takpe la, maybe lepas habis study and kerja semua, baru la aku dapat jumpa JEP. Brader NADZRI, akan kupastikan suatu ketika nanti, kita berjumpa ya! Masa tu nanti, akanku ambil gambar bersamamu dan tanda tanganmu sebagai tanda ingatan! Aicehhhh ayat nak sastera jeee hahahaha :'D Tapi serius la. Kuciwaa bila tgk gambo dorang dengan JEP. Gambar aku dgn JEP takde lagi :'(


And, lupa nk bagitahu, time ABPH haritu, Brader NADZRI menang ARTIS LELAKI KOMEDIA POPULAR 2013! Aku seronok gila! Aku ade undi dia untuk ARTIS LELAKI KOMEDIA POPULAR dan BINTANG PALING POPULAR sekaligus! Tapi rezeki Brader NADZRI hanya dalam ARTIS LELAKI KOMEDIA POPULAR je. What to do :/ Tapi terus terang cakap, aku sangat KUCIWAAAAAAAAAAAA :'/ Uhukkk Uhukkk >'< Sebab aku ingt JEP boleh pulun semua, tapi tak dapat. Takpe, bro, wa pastikan. tahun depan lu punya! Oraitt, cenggini (Y)



SELAMANYA JEPPERS (Y)


Cuti Sekolah :3
• 02:11 • 0 comments


NADZRI COMEL :*

Haiii :D Hari aku dah start cuti sekolah. Act belum lagi. Sepatutnya esok. Tapi aku ade hal so tak pergi la :( Dah ah harini ade hari guru. Kesian dorang tak cukup pelakon. Hahahahahaa :P kawan semuanya okay ahh sekatakat ni. Yaya, che mong, wiena, syaf, myra, liya dgn anem. Wiena, liya dgn anem mmg kawan dari DP. So takde hal laa :D Anem tak tau lagi stay ke tak. Hmmm :/ Aku harap sangat dia stay!

Sabtu or ahad ni kemungkinan balik perak. HUUUU hahaha :p Harap balik ah, takde ah bosan sangat. Ade la jgk benda nk tulis dalam diari untuk Muet nanti. hahahah. Buku semua dah cukup except Buku Perniagaan. lembab ah cikgu arrange nk dapat buku tu. duit nk cepat. bengang je aku. Haihhh :/ Ahad haritu jumpa si Farina before dia gerak pergi matrik. Semalam (isnin) dia dah selamat sampai dah. Miss her :') Takde dah si gila ajak aku pergi TBS dah. Hahhahhaha. 

Dia macam dah bahagia dengan zairul. Aku harap dorang kekal la. i hope this is the last one for her :3 Hahahahahahahha, farina baca ni mampus aku >_< Kitorang start cuti, farina start belajar. Kasihan deh looo hahahhahaha :p Sabo jelah dia.  Okay ah. anything dalam holiday aku, akan aku share dalam belog ni nanti. Okay, selamanya JEPPERS (Y) Byeeeeee :D


Student Form 6 To Be. WISH ME LUCK!
Thursday 1 May 2014 • 21:41 • 0 comments

MACHOOO (Y)
kata kak mirah gambo yang jep pakai sweater tu time dia jadi dj sinar pepagi buta. tu kira muka jep baru bangun haa. comell :*

Haa tu dia antara gambo NADZRI yang ada dalam handphone saya :p ehehehehehe :3

Semalam dah beli baju sekolah untuk start study nanti. And yes saya dah confirm akan ke tingkatan 6 tu. Haih what to do. saya akan menghadap sekolah lagi. Pengorbanan untuk setahun setengah berbaloi rasanya. harap sangat keputusan yang aku ni betul. And time aku pergi beli baju tu, aku ternampak satu kedai ni nama dia kedai ' NADZRI' ! OMG, hahahahahah nama cinta hati aku :*** Hahahahahhahahahahahahhahahahahhahahahahahahhahaa , jadi kontorversi nanti kalau ada orang baca, tapi nak takut apa? belog aku ni bukan ramai followers pun, hahahahaha!

Dari hari ke hari aku jadi berdebar pulak nak masuk form 6 ni. takut salah buat keputusan. in shaa Allah betul :D Hm belum masuk, dah kena perli dengan kawan. ' School Girl ' katanya ~ Kisah? bukan teruk sangat jadi pelajar sekolah ni. lagi baik ada ah. tak terasa pun ~~ Hahahahahaha :D Memang budak sekolah pun. nak marah apa? ramai member taknak pergi sebab nak kena pakai baju sekolah balik. aku tak faham apa yang teruk sangat nak kena pakai baju sekolah balik tu. kenapa ek? teruk sangat ke baju sekolah tu?

Aku rasa okay je kot. bukan aku nak kena masuk sekolah lama aku pun. ni sekolah balik. thanks god, sekolah lama aku tu takde form 6, kalau tak, mesti dapat kat situ jugak. eeeee tak rela aku! takyah mention la kot sekolah apa. Hahahahaha :D Aku bagi clue jela. Sekolah lama aku ni banyak gangster! Hahahaha ehh bukan JUVANA ahhhh ! Hahahahahahah. ramai budak nakal je. tapi dorang baik act. takde ah jahat mana.

Hri aku update ni hari Jumaat (2 Mei 2014) , HARI pendaftaran aku Isnin (5 Mei 2014) :3 OMG ! Taaakutttt ! Farina daftar 25 Mei nanti. dia lagi huntung maaaa. Matrik bhaiii ~~ Goodluck Sayang! Kbyeeeee :*














Muhammad Nadzri bin Zainal Abidin , Hahahahahahaha!
Tuesday 29 April 2014 • 01:59 • 0 comments


Haiii ! Lama tak update belog ekk hahahaha :p Ni saya belanja sikit gambo nadzri ni haa :) hihi , MACAM BIASA AHHH hari hari tengok video jep jee :* hahahaha. Ada satu jeppers ni invite saya dalam group whats app ' TEAM JEPPERS ' dan ' GROUP TYPO GILE ' . Yang TEAM JEPPERS tu sembang je. yang GROUP TYPO GILE tu bagi gambo dan video jep jeee :* suka gila! makin banyak ah gambo jep sekarang :D Hhahahahahahaha

Btw, , minggu depan, 5 Mei 2014 dah daftar dah. daftar untuk apa? haaaaaa untuk FORM 6! Hm aku harap sangat keputusan aku ni betul. AMINN :) Farina dengan Noy pergi matrik. Aku dengan Yana pergi FORM 6. Wish us LUCK! Huuu akan kembali belajo ah nampaknya. Hahahaha, aku punya course semua membaca jee. aku tak jumpa kira-kira dah! Yey! hahahahahah, yela math pun hancur, guane nak bawak addmath? hahaha, adik adik sekalian~
 
KALAU TAK BOLEH BAWAK MATH, JANGAN SESEKALI ADA HATI NAK AMBIL ADDMATH! Aku dah kena, dan keputusan addmath aku teruk. so, jangan jadi mcm aku okayyy. agak agak rasa math pun dah susah, takyah la amek addmath. if dapat addmath pun, dipersilakan untuk DROP! Hahahahahahha. tak tahu ah bila lagi aku akan update. Hahaha okay ahh byeee :*



Assalamualaikum , Hello There! Anis here :D Blog ni Anisss yang punyaa! Ding ding ding! Hahahaha! Life is too short to hate people, so stay calm and love me ;)

Rock itu Genre Saya , Jiwang itu Jiwa Saya !



Diari! Saya! Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: ANIS ZAHIRAH